Monday 22 July 2013

Ulama Yang Berpengaruh Besar






Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di kampung Rusila tempat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.

Tuan Guru Hi.Abdul Hadi telah mendirikan rumahtangga dengan Zainab Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat berasal Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua.YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Rendah Rusila, tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun.


Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dii peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

YB. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment