Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Biodata Penuh:
Nama :
Ustaz Azhar Bin IdrusTarikh Lahir:
12 Februari 1964Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, TerengganuHobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahunPengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnyaIsteri :1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)Anak :1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
terbaik...semoga ulamak akan terus mendapat tempat di sisi masyarakat...Allahu Allah
ReplyDeletealamdulillah tp sayang di sabah semua itu tak ada kami di sini sungguh daifkan ilmu agama wlupun bgitu kmi bersyukur kerna ALLAH swt berikan kami kekuatan utk bersabar dan besyukur agar islam tetap di hati hingga akhir hayat wlupun bercampur baur dgn adat namun kmi mengharap suatu hari ada cahaya putih insyallah yg hakiki agar islam putih itu dapat membersihkan islam sedia ada AMIIN
ReplyDeleteAamiin ya rabbal alamiin
DeleteAamiin ya rabbal alamiin
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletedi sabah pun ramai bro, kena usaha untuk cari, jgn sempitkan ulama seperti ini. seperti itu. insyAllah satu hari akan berjumpa.
DeleteUai adalah yg terbaik cara penyampaian ilmu yg mendalam kpd umum....lebih bersahaja menyampaian apa saja ucapan....itu yg lebih menarik di dgr walaupun di telifon.
ReplyDeleteUai adalah yg terbaik cara penyampaian ilmu yg mendalam kpd umum....lebih bersahaja menyampaian apa saja ucapan....itu yg lebih menarik di dgr walaupun di telifon.
ReplyDeleteUai adalah yg terbaik cara penyampaian ilmu yg mendalam kpd umum....lebih bersahaja menyampaian apa saja ucapan....itu yg lebih menarik di dgr walaupun di telifon.
ReplyDeleteBaru tau ustaz dulu guru muzik..mmg kemah..jnji agama islam no1..
ReplyDelete